NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mengapa PH+BN Mau Merampas Kelantan Dari Tangan PAS Dan Mengapa PAS Harus Pertahankan Kelantan.

MENGAPA PH+BN MAU MERAMPAS KELANTAN DARI TANGAN PAS DAN MENGAPA PAS HARUS PERTAHANKAN KELANTAN.

Roboh sesebuah rumah kerana rapuh dan reput tiang serinya. Begitu juga dengan PAS. Runtuhnya PAS jika tiang seri PAS dapat runtuhkan. 

Tiang seri PAS untuk sekian lamanya ialah Negeri Kelantan. Sebut Kelantan apa yang terbayang ialah PAS dan sebut PAS negeri pertama terbayang didalam kepala ialah Kelantan. 

Begitu sekali sinonimnya PAS dengan Kelantan dan Kelantan dengan PAS umpama kembar siam. 

PH terutamanya BN sedar dan sedia maklum bahawa sejak PAS mengambil alih pemerintahan Kelantan pada tahun 1990, BN telah berusaha sedaya upaya dan bertungkus lumus untuk merampas kembali Kelantan dari tangan PAS. 

Mereka sedar jika dibiarkan PAS terus mentadbir Kelantan maka kekuatan dan pengaruh PAS akan cepat membengkak dan membuak sehingga memberi kesan kuat bukan sahaja kepada Kelantan tetapi negeri jiran Terengganu dan seluruh negara, terutamanya negeri-negeri majoriti penduduknya berbangsa Melayu/Islam. 

Makin lama PAS bertapak dan menguasai serta mentadbir urus negeri Kelantan maka semakin berkembang pesat pengaruh PAS diseluruh negara. Ini dapat dibuktikan betapa sejak PAS memerintah negeri Kelantan sejak tahun 1990, pengaruh PAS semakin bertambah kuat dan kukuh gagah perkasa sehinggakan apa jua fitnah direjam dan dilontarkan terhadap PAS sedikit pun tidak menggugat kekuatan PAS. 

Kemuncak kekuatan PAS dapat dilihat pada PRU15 baru-baru ini sehinggakan dengan gabungan PAS bersama-sama BERSATU dan GERAKAN dalam Perikatan Nasional menyebabkan UMNO khasnya dan BN amnya tidak dapat sebarang kerusi parlimen di 7 negeri termasuklah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Melaka.

Di Kelantan pada PRU15 baru-baru ini PAS/Perikatan Nasional sapu bersih kesemua 14 kerusi parlimen yang ditandingi. Suatu rekod kepada pencapaian PAS.  

Kejayaan ini bukan datang dengan sekelip mata tetapi atas usaha gigih dan contoh teladan yang dipamirkan oleh setiap pemimpin PAS yang berintegriti, bersih, cekap dan sifar rasuah dan salah guna kuasa.

Kesan dari kepimpinan yang sifar rasuah, berintegriti, mesra dan peduli rakyat menyebabkan rakyat sudah diberikan untuk membuat pebandingan negeri-negeri yang diperintah tadbir oleh PAS dengan negeri-negeri lain. 

Sebab itulah, pihak PH+BN terutamanya UMNO berhemaps pulas dan bertungkus lumus dalam apa jua cara dengan sanggup menghalalkan cara demi mencapai matlamat merampas Kelantan dari tangan PAS.

Seperti mana diawalan membicara tadi Omak menyatakan jika tiang seri itu pengukuh sebuah rumah maka Kelantan adalah tiang seri PAS. Runtuhnya PAS di Kelantan maka akan menjadi kesan domino kepada keseluruhan kekuatan PAS didalam negara ini. 

Sebab itu setiap ahli, penyokong, pendukung dan pejuang PAS wajib tanpa kompromi dan tolak ansur kena pertahankan PAS di Kelantan at all cost. Ini bukannya kerja main-main dan sambil lewa. Memerlukan curahan tenaga, keringat, harta, masa dan wang ringgit. Ianya bukan kerja sambilan tetapi kerja sepenuh masa. 

Pertahankan Kelantan bermakna pertahankan PAS yang mau mentadbir negara dengan slogan Membangun Bersama Islam.

PAS telah berjaya membuktikan pemerintahan corak Islam telah mampu diterjemahkan di Kelantan sejak tahun 1990. Kebajikan rakyat dijaga dan kemakmuran negeri terpelihara.

Mempertahankan Kelantan Adalah Tanggung Jawab Kita Bersama.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo