NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MCM terus santuni mangsa gempa bumi di Turkiye, Syria

PESERTA misi Muslim Care Malaysia ke Turkiye, Syria.


Kuala Lumpur: Muslim Care Malaysia (MCM) menghantar kumpulan kelima bersama-sama pakar penyelidik daripada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) untuk menyantuni mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Misi kelima ini turut mendapat kerjasama dengan Badan Kebajikan Islam Petronas BAKIP KLCC. 

Kumpulan kelima yang diketuai oleh Presiden MCM, Zulkifli Wahijan bersama tujuh delegasi termasuk tiga penyelidik daripada UPNM serta seorang petugas media dari Harian Metro.

Misi kemanusiaan kali ini memberi fokus kepada kelangsungan kehidupan pasca gempa bumi di Turkiye dan akan bergerak masuk ke Syria untuk melihat infrastruktur yang sudah dibina oleh MCM di negara konflik berkenaan.

Zulkifli berkata, bagi misi kemanusiaan kumpulan ketiga disertai oleh pendakwah terkenal, Ustaz Mohamad Wadi Annuar Ayub manakala untuk kumpulan keempat adalah Ustazah Asma' Harun.

"Bagi kumpulan kelima ini, kami (MCM) menjalinkan kerjasama dengan penyelidik UPNM dan dijangka masuk ke Syria selepas selesai beberapa misi bantuan di Turkiye.

"MCM ada membina sekolah di Idlib (Syria) dan kali ini, kita akan lihat perkembangannya dan mungkin beberapa bentuk bantuan jangka panjang yang akan disalurkan untuk penduduk di Syria.

"Walaupun pada hari ini, kita semakin kurang memperkatakan tentang penderitaan rakyat Syria, namun konflik di negara itu masih berterusan dan masalah utama penduduk Syria adalah ketiadaan pekerjaan dan krisis makanan," katanya.

Beliau berkata, MCM sentiasa meneruskan pelbagai misi kemanusiaan untuk menyantuni masyarakat Islam yang terjejas akibat konflik bukan saja di Syria, tetapi di mana-mana negara.

Pada masa sama, Pensyarah Jabatan Hubungan Antarabangsa, Keselamatan dan Undang-Undang, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Dr Mohd Mizan Mohd Aslam yang turut menyertai misi berkenaan berkata, fokus adalah melihat kepada bentuk kerjasama akademik termasuk kajian, mobiliti pelajar dan kerjasama pembangunan akademik.

"Kita juga akan menyantuni mangsa gempa bumi di dua negara berkenaan dan membantu pelarian Syria yang berada di sempadan Turkiye serta kawasan konflik.

"Ini adalah beberapa fokus utama kita untuk misi kali ini dan kerjasama strategik dengan MCM ini amat baik dan diharap dapat diperluaskan dalam bidang lain juga," katanya.


Sumber I Harian Metro



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo