NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

MB Selangor sahkan beberapa exco mula kemas pejabat



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini mengesahkan khabar angin berhubung tindakan beberapa pengerusi jawatankuasa atau exco kerajaan negeri yang mula mengemas serta mengosongkan ruang pejabat.

Beliau berkata tindakan berkenaan merupakan perkara biasa dilakukan mereka terutamanya pada akhir penggal, bagi menghadapi pilihan raya.

“Ini adalah perkara lazim. Semua buat perkara sama. Dahulu saya pada penggal lepas pun begitu, bila dah nak bubar (Dewan Undangan Negeri), kita pun bersiap sedia untuk kemas. Selepas ini tugas mereka (exco) adalah untuk menjalankan apa yang dirancang dan tidak boleh ada dasar baharu.

“Masing-masing pada ketika itu akan sibuk dengan pilihan raya dan berada di lapangan,” katanya yang ditemui di Program Sumbangan Korban Negeri Selangor 2023 di sini, hari ini, ketika merujuk khabar angin mengenai tindakan beberapa exco kerajaan negeri Selangor yang sudah mula mengemas dan mengosongkan ruangan pejabat. 

Amirudin berkata beliau sedang menunggu perkenan daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk sesi menghadap bagi menentukan tarikh pembubaran DUN Selangor, dan kerajaan negeri hanya mempunyai tempoh 23 hari bermula hari ini bagi membubarkan DUN. 

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan Kedah. – BERNAMA


........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo