NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mat Sabu dijadual jalani pembedahan apendiks malam ini



Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dimasukkan ke Hospital Putrajaya hari ini untuk mendapatkan rawatan berhubung apendiks dan beliau dijadualkan menjalani pembedahan, malam ini.

Kementerian itu, dalam kenyataan malam ini, memaklumkan Mohamad perlu menjalani pembedahan itu atas nasihat pakar perubatan, menurut laporan Bernama.

“Beliau kini dalam keadaan stabil dengan pemantauan rapi. Atas nasihat pihak hospital, buat masa ini hanya ahli keluarga terdekat yang dibenarkan melawat Yang Berhormat Datuk Seri.

“Sama-sama kita doakan Yang Berhormat Datuk Seri diberikan kesembuhan dan pulih seperti sedia kala,” menurut kenyataan itu.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo