Malaysia dicadangkan mengikut langkah Rusia dalam memperkenalkan undang-undang propaganda anti-LGBTQ bagi melindungi kanak-kanak di negara ini.
Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata undang-undang itu akan melindungi kanak-kanak daripada kandungan berkaitan LGBTQ di media sosial dan media arus perdana.
“Tindakan kerajaan baru-baru ini yang merampas jam tangan Swatch adalah perkara yang baik sekiranya barangan itu mempromosi atau menjadi propaganda LGBTQ.
“Sekiranya kita ada undang-undang seperti di Rusia, kerajaan tidak perlu takut atau meminta maaf dalam mengambil tindakan tegas bagi memastikan tradisi keluarga dan agama kita dipelihara dalam konteks hak asasi manusia negara,” katanya ketika membahaskan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) 2020 di Dewan Rakyat, hari ini.
November lalu, Parlimen Rusia meluluskan undang-undang yang mengharamkan sebarang tindakan yang dianggap cubaan untuk mempromosikan homoseksualiti termasuk dalam talian, filem, buku, pengiklanan atau di khalayak ramai.
Undang-undang itu kemudiannya diperluaskan untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak.
Di bawah undang-undang baharu itu, sebarang acara atau perbuatan yang dianggap sebagai percubaan untuk mempromosikan homoseksualiti boleh dikenakan denda yang berat.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment