NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Majlis Presiden putuskan pertindihan kerusi BN-PH




REMBAU: Pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di enam negeri yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) sudah mencapai 90 peratus.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kedua-dua pihak akan menyelesaikan isu pertindihan kerusi dalam tempoh terdekat.

"Ada dalam dua kerusi di setiap negeri perlu dirujuk kepada Majlis Presiden susulan pertindihan antara kedua-dua gabungan.

"Parti dalam kedua-dua gabungan mahukan kerusi itu kerana rasa boleh menang, PH nak, BN nak, jadi kita pulangkan kepada Majlis Presiden untuk tentukan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Cawangan Rembau, di sini, petang tadi. 

Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, semua pihak tidak mahu perkara itu mengganggu gerak kerja jentera pilihan raya.

"Jadi satu dua kerusi ini kita letakkan di tepi dulu, yang lain kita sudah tetapkan dan mencapai kata sepakat.

"Macam di Negeri Sembilan, 16 kerusi BN itu kita sudah tetapkan cuma ada satu dua kerusi yang BN nak dan Aminuddin (Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun) pun nak," katanya.

Mohamad berkata, semua parti dalam gabungan PH dan BN sudah mengetahui kedudukan masing-masing dan kerusi akan bertanding.

Justeru, beliau berkata, jentera setiap parti boleh digerakkan mulai sekarang kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) keenam-enam negeri akan dibubar menjelang akhir bulan ini.

Enam negeri yang bakal mengadakan PRN ialah Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.



Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo