Pemuda UMNO Jerlun menggesa DAP memecat bekas setiausaha publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Barisan Nasional (BN) sebagai ‘pakatan korup’, semalam.
Ketuanya, Nazri Arshat berkata DAP juga perlu memohon maaf kepada BN atas keterlanjuran Penasihat Dasar Kepada Setiausaha Agung DAP itu.
Katanya, meski menyedari kerajaan campuran BN-PH itu rapuh dan mudah retak pada bila-bila masa, namun Pua tetap bertindak biadab dengan menghina BN.
“Tetapi malangnya, Tony pula bertindak songsang matlamat dan tidak berfikir panjang meretakkan perpaduan Malaysia Madani yang sedang dibina BN-PH, malah memberi gambaran buruk terhadap kerjasama yang sedang disemai,” katanya, lapor Sinar Harian.
Gesaan sama disuarakan komponen BN, MCA apabila Naib Presidennya , Ti Lian Ker menggesa Anthony Loke memecat Pua sebagai penasihat dasarnya bagi membuktikan komitmen parti itu kepada kerajaan BN-PH.
Hari ini, Loke yang merupakan Setiausaha Agung DAP berkata DAP tidak memecat Pua kerana beliau tidak mempunyai jawatan rasmi dalam parti itu.
Semalam, Pua mencetuskan kontroversi pada majlis makan malam kutipan dana PRN semasa berucap dalam bahasa Inggeris, beliau berkata penyokong PH mesti membuktikan bahawa parti berbilang kaum yang bersih dan tidak rasuah boleh melakukan lebih baik daripada gabungan rasuah seperti BN, UMNO dan Bersatu.
Dalam pada itu, Nazri yang juga Bendahari Pemuda UMNO Kedah berkata, DAP sama sekali tidak wajar membenarkan partinya dicemari pemimpin biadab seperti Tony Pua yang menghina BN sedemikian rupa.
“Sekiranya DAP tidak bertindak memecat Tony daripada partinya, ini menandakan parti itu bersetuju dengan kenyataan bekas setiausaha publisitinya itu dan bakal melahirkan persepsi buruk terhadap kerjasama BN-PH.
“Apatah lagi isu ini berlaku menjelang PRN di enam negeri tidak lama lagi, semestinya ia memberi impak negatif kepada imej dan reputasi BN-PH kelak.
“Justeru, saya mendesak DAP agar segera memohon maaf kepada BN dan mengambil tindakan tegas memecat Tony Pua daripada parti sebelum nasi menjadi bubur,” katanya.
Tambahnya, kepimpinan BN kini sedang berusaha menghapuskan korupsi dalam parti dan kerajaan bagi membina semula keyakinan rakyat.
Nazri yang juga berkata, BN tidak bersifat maksum, suci dan tulus, namun kepimpinan BN kini sedang serius berusaha menghapuskan korupsi sama ada di dalam parti mahupun kerajaan bagi membina semula keyakinan rakyat.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment