NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Label Sanusi sebagai penjenayah adalah melampau - Tun M



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan sesetengah pihak yang melabel pandangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkait sejarah Pulau Pinang sebagai satu jenayah itu keterlaluan.

Ia susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini yang mengesahkan Sanusi sedang disiasat polis dan kes tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Peguam Negara untuk diambil tindakan lanjut.

“Saya tak nak campur dalam kontroversi Pulau Pinang tapi mengatakan Sanusi lakukan jenayah kerana memberikan pandangannya terhadap sejarah pulau itu melampau,” katanya melalui satu hantaran di Facebook, hari ini.

Pagi tadi, nama Sanusi hangat disebut-sebut di Dewan Rakyat apabila pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta perdana menteri menyatakan tindakan ke atas gesaan Menteri Besar Kedah agar Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk padamkan Pulau Pinang supaya boleh dikembalikan kepada Kedah.

Sanusi sebelum ini dilaporkan mendakwa Pulau Pinang hak milik Kedah di mana hanya Perak dan Perlis yang mempunyai sempadan dengan Kedah.

Sementara itu Dr Mahathir mengakui ketika menjadi perdana menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, beliau ada memujuk Guan Eng agar membayar lebih RM10,000 kepada Kedah setiap tahun.

“Saya tidak akan berkata apa-apa tentang apa yang berlaku kepada dua wilayah Tanah Melayu ini kecuali mengakui bahawa saya memujuk Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan ketika itu untuk memberi lebih RM10,000 kepada Kedah setiap tahun.

“Saya tidak meminta sesiapa untuk percaya saya,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Kedah hanya menerima bayaran RM10,000 sebagai royalti pajakan Pulau Pinang namun pada 2018, kerajaan PH pimpinan Dr Mahathir bersetuju memberi sumbangan khas RM10 juta setahun kepada negeri itu.

Dalam kenyataan sama, Dr Mahathir turut menyingkap sejarah perjanjian antara Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) dengan Kedah ketika pengambilalihan pulau tersebut.

“Dari segi sejarah, Sultan Kedah berkenan supaya SHTI mengambil alih pulau itu dengan bayaran 6,000 dolar Sepanyol setahun. Kemudian jalur daratan bertentangan telah ditambah untuk 4,000 dolar Sepanyol, setahun.

“Selain itu, perjanjian tersebut memerlukan syarikat British membantu dalam pertahanan Kedah sekiranya diserang oleh negara asing. Kita tahu bahawa British gagal memenuhi janji mereka.

“Perjanjian penyerahan Singapura pula adalah berbeza. British membuat bayaran sekali sahaja sebanyak 60,000 dolar Sepanyol kepada Temenggong

Perlu diingat bahawa Sultan Ali, iaitu Sultan pada masa itu tidak menandatangani namun dianugerahkan sebuah rumah di Kampung Gelam, Singapura.

“Kemurahan hati ini tidak disertai dengan pengiktirafan British terhadap Ali sebagai Sultan. Maka jelas dapat dilihat perbezaan antara perjanjian Pulau Pinang dan perjanjian Singapura,” jelasnya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo