NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Label melabel tak bantu selesai masalah UMNO : Hasni

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Hasni Mohamad.


Tindakan sesetengah pemimpin UMNO melabel pemimpin tertentu sebagai parasit, pengkhianat mahupun ‘warlord’ (panglima perang) tidak membantu menyelesaikan masalah parti Melayu itu.

Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata tindakan melabel pemimpin atau bekas pemimpin UMNO itu bukan pendekatan mencari kebaikan sebaliknya menyumbang kepada ketidakstabilan kerajaan.

“Apa baiknya kalau masalah sedia ada ditambah dengan memberi label negatif kepada orang-orang mahupun kepada pemimpin tertentu?

“Ini bukan masanya untuk melabel sesiapa sebagai ‘warlord’, pengkhianat atau parasit. Itu semua tidak sesuai kerana ia bukannya pendekatan untuk mencari kebaikan, lebih-lebih lagi dalam usaha menstabilkan kerajaan.

“Begitu juga dengan usaha memberi ruang ke atas mereka yang sudah diambil tindakan, dipecat atau digantung kerana apa juga kaedahnya, masalah yang ada tidak selesai,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor ke-15, hari ini.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN)mengumumkan 10 ‘warlord’ UMNO bakal menyertai gabungan itu menjelang pilihan raya di enam negeri tidak lama lagi.

Semalam, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi mengesahkan tiga daripada 10 ‘warlord’ parti itu dari Johor namun beliau menyifatkan pemimpin terbabit bukanlah ‘warlord’ sebaliknya hanya ‘Pendekar Mustar’.

Kelmarin pula, Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman dilaporkan menggesa agar pemimpin dan ahli UMNO yang mempunyai rasa kurang senang dengan hala tuju baharu parti agar tidak menjadi parasit yang hanya akan merosakkan parti.

Menurut Abdul Halim, mereka sepatutnya menggunakan saluran parti untuk menyuarakan pendapat dan bukannya membuat kenyataan terbuka demi publisiti.

Sementara itu, Hasni yang juga bekas menteri besar Johor akui sedar dikaitkan sebagai salah seorang daripada tiga pemimpin UMNO Johor itu namun beliau menegaskan sebarang penjelasan tidak akan memberi makna.

“Ya, saya tahu nama saya terkait dengan nama tiga ‘panglima perang’ UMNO dari Johor itu tapi saya tidak ambil peduli langsung label yang diberikan itu.

“Ada yang bertanya kepada saya semalam pasal hal ini tetapi saya tidak jawab. Pada saya penjelasan dan huraian ini tidak membawa apa-apa erti.

“Ini bukan masanya untuk melabel sesiapa. Lebih-lebih bila kerajaan mempunyai banyak perancangan untuk menjadikan negara kita sebagai destinasi pelaburan, selain banyak usaha perlu dilakukan untuk menstabilkan kerajaan,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo