Selepas Setiausaha Agong DAP, Anthony Loke meminta Pemuda UMNO ‘move on’, hari ini Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming turut menyuarakan perkara sama.
Kor Ming mahu UMNO melupakan kisah silam serta persengketaan politik antara mereka dan fokus untuk memperkukuh kedudukan kerajaan campuran.
“Oleh kerana itu, saya dengan rendah hati memohon semua pengundi supaya mengundi parti yang sehaluan dengan kerajaan persekutuan supaya kita jangan mematahkan momentum yang kita susah payah hendak bina ini.
“Jangan patahkan momentum yang sudah pun ada ini, biarkan kita ada kestabilan politik dalam tempoh lima tahun. Bagi masa kepada kerajaan yang ada pada hari ini, selain kepada agensi kerajaan untuk mempamer dan melaksanakan apa yang kita mampu lakukan bersama.
“Kita sudah ‘move on’, Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) pun sudah ‘move on’ dan sekarang fokus utama kita adalah bagaimana untuk membantu UMNO dan UMNO membantu DAP untuk memperkukuhkan kerajaan Malaysia Madani demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan politik negara,” katanya ketika diminta mengulas soal gesaan Ketua Pemuda UMNO yang mahu DAP meminta maaf kepada ahlinya.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menyeru agar DAP memohon maaf kepada UMNO atas tohmahan terhadap parti itu yang mengguris hati semua ahlinya sehingga kini.
Kata Akmal, ada ahli yang datang berjumpa, mengadu dan meluahkan perasaan risau apabila bersama DAP, ‘keris’ UMNO akan terperosok ke bumi.
Namun Zahid ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada PAU 2023 lalu meminta agar tiada lagi kenyataan yang mengguris hati antara mereka malah beliau menyeru agar rakan-rakan baharunya dalam kerajaan campuran itu juga tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang mengguris hati orang Melayu.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment