NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kononnya berjuang kesamarataan, tapi peruntukan pembangkang disekat

Ahli Parlimen Tumpat Mumtaz Md Nawi.

Kerajaan campuran dikritik kerana bercakap tidak serupa bikin kerana sehingga hari ini masih menafikan hak wakil rakyat pembangkang yang dipilih semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Janji kesamarataan yang dilaungkan semasa kempen PRU lalu kini sudah dilupakan Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Tumpat Mumtaz Md Nawi di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika membahasakan Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Mumtaz berkata suruhanjaya itu menerima peruntukan cecah jutaan ringgit untuk menjalankan pelbagai program di seluruh negara.

Pada tahun 2016, Suhakam menerima peruntukan sebanyak RM5.9 juta manakala RM12.9 juta bagi tahun 2020.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan untuk ahli-ahli Parlimen yang turut menjadi hak asasi mereka telah dinafikan oleh pihak kerajaan.

“Jadi bagaimana kita boleh membincangkan tentang hak asasi orang lain sedangkan ahli Parlimen pilihan rakyat tidak mampu dan tak diberikan hak asasi sekurang-kurangnya elaun untuk pejabat.”

Tambahnya lagi, peruntukan itu amat penting bagi memastikan tugas harian dan fungsi-fungsi yang dipikul oleh pejabat Parlimen di setiap negeri dapat beroperasi tanpa halangan.

Sebelum ini, dilaporkan tiga Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah dilantik untuk mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengenai jumlah peruntukan yang bakal diterima ahli Parlimen pembangkang.

Tiga wakil itu ialah Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Radzi Jidin.

Tambah Mumtaz, tidak dinafikan setiap ahli-ahli Parlimen menerima gaji untuk menjalankan kerja kepada rakyat setempat.

Bagaimanapun, tiada peruntukan tambahan disalurkan untuk meneruskan fungsi pejabat selain sering dipinggirkan oleh menteri apabila melawat kawasan-kawasan Parlimen pembangkang.

Baginya, peranan pejabat ahli Parlimen bukan hanya meliputi kerja-kerja pejabat tetapi juga menyediakan perkhidmatan yang lebih kondusif kepada orang awam.

Ini termasuklah menyediakan taska dan fasiliti lain yang boleh dimanfaatkan secara menyeluruh dalam kalangan penduduk Parlimen masing-masing.

“Jadi saya mohon hak asasi manusia perlu bermula dari Parlimen,” ujarnya lagi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo