NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ seru lebih usaha maklum rakyat rancangan kesihatan

Memperuntukan 5% KDNK khusus bagi sistem kesihatan akan menjurus kurangnya kesesakan dan memendekkan tempoh menunggu, kata bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin.


PETALING JAYA: Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, menyeru usaha lebih meluas memaklumkan kepada orang awam berhubung dasar kesihatan kerajaan yang diluluskan Dewan Rakyat, semalam.

Katanya, Kertas Putih Kesihatan “kekal tidak diketahui orang awam”, memandangkan kurangnya penjelasan kepada masyarakat.

“Sebenarnya, kertas itu sepatutnya menangkap imaginasi rakyat kerana Kementerian Kesihatan bertanggungjawab mendidik masyarakat berhubung perkara itu,” katanya dalam podcast mingguan, Keluar Sekejap.

“Saya harap ada pelan komunikasi lebih baik melibatkan lebih ramai masyarakat. Kebanyakkan orang yang biasa saya bercakap tak sedar,” katanya.

Khairy berkata, perkara paling signifikan berkaitan kertas itu adalah memandu sistem kesihatan negara ke arah lebih tinggi dalam tempoh 15 tahun.

Katanya, perubahan itu akan berlaku sekiranya kerajaan komited 5% kadar keluaran dalam negara kasar dalam bajet tahunan bagi penjagaan kesihatan, berbanding 2.58% ketika ini.

Beliau berkata, tahap 5% merupakan paras penerimaan minimum untuk negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia.

“Apabila kita sudah mencapai 5%, akan nampak peningkatan, masa menunggu lebih pendek dan kurang sesak. Tempoh menunggu doktor pakar kerajaan (ketika ini) lama, memaksa mereka pergi ke hospital swasta yang mana lebih mahal,” katanya.

Kertas Putih Kesihatan diluluskan Dewan Rakyat, selepas dibahas 28 Ahli Parlimen.

Kertas itu menetapkan cabaran dihadapi sistem kesihatan termasuk reforms untuk dilaksanakan pada 15 tahun akan datang.

Khairy memuji pembentangan Kertas Putih Kesihatan, sambil menyatakan penggantinya, Dr Zaliha Mustafa layak dipuji dan berkata beliau bangga kerana kertas itu dimulakan ketika menjadi menteri kesihatan, berjaya diluluskan.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo