Di sebalik teka-teki hala tuju politiknya selepas dipecat UMNO awal tahun ini, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengadakan pertemuan dengan bekas bosnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dipercayai berlaku hari ini.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu berkongsi gambar bersama Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) di akaun Instagramnya, tengah hari tadi.
Namun beliau tidak menyatakan sebarang keterangan pada gambar itu.
Sabtu lalu, Muhyddin mengesahkan bekas menteri kesihatan itu bakal bertemu dengan kepimpinan PN pada minggu ini tanpa menyatakan tarikh.
Bulan lalu, Muhyiddin menawarkan Khairy untuk menyertai Bersatu dengan jawatan sebagai ahli MPT namun beliau meminta diberi masa bagi mempertimbangkan tawaran tersebut.
Untuk rekod, Khairy sebelum ini dipecat UMNO sebelum berlangsung pemilihan parti kerana hasratnya untuk bertanding melawan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan telah mengadakan pertemuan dengan Khairy bersama beberapa pemimpin lain termasuk bekas menteri kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Namun tidak dapat dipastikan peranan Khairy dalam perbincangan hala tuju ekonomi negara itu.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment