NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

KJ cukup bijak buat pilihan : Muhyiddin



Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kepada bekas ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam membuat keputusan berkait tawarannya sebelum ini.

Menurut Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN),bekas menteri kesihatan itu cukup bijak untuk membuat pilihan.

“Kami (PN) telah menyatakan bahawa berharap dia (Khairy) akan menyertai PN tetapi kita serahkan kepadanya (untuk membuat keputusan).

“Dia (Khairy) cukup pandai dan bijak untuk membuat pilihan,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Konvensyen dan Pelancaran Jentera PN Pulau Pinang di Ibu Pejabat Gerakan Pulau Pinang di Georgetown, hari ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan tarikh pertemuan kepimpinan PN dengan Khairy sudah ditetapkan minggu hadapan.

“Saya sudah tetapkan tarikh dan rombongan beliau (Khairy) akan datang berjumpa dengan saya minggu depan,” katanya.

Bulan lalu, Muhyiddin menawarkan KJ menyertai Bersatu dengan jawatan sebagai ahli MPT namun bekas menteri itu meminta diberi masa bagi mempertimbangkan tawaran tersebut.

Untuk rekod, Khairy sebelum ini dipecat UMNO sebelum berlangsung pemilihan parti kerana hasratnya untuk bertanding melawan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo