NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Khidmat Idris Jusoh sebagai Pengerusi Felda tamat awal

PETALING JAYA: Tan Sri Idris Jusoh mengesahkan akan menamatkan perkhidmatan lebih awal sebagai Pengerusi Felda iaitu berkuatkuasa 30 Jun ini berbanding tarikh sepatutnya pada Mei tahun depan.

Jelasnya, keputusan mengundurkan diri daripada jawatan tersebut lebih awal adalah untuk memberi laluan kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim melantik pengganti yang lebih sesuai.

“Saya telah menerima keputusan dari Pejabat Perdana Menteri untuk mengundur diri dari jawatan Pengerusi Felda berkuatkuasa pada 30 Jun. 

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memberi peluang kepada saya untuk menjawat jawatan ini di bawah kepimpinannya,” katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Dalam pada itu, bekas Menteri Pendidikan Tinggi itu turut mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Felda kerana memberi kerjasama baik kepadanya sepanjang perkhidmatan.

“Saya doakan semoga Felda akan sentiasa terus berjaya di dalam keberkatan. Terima Kasih,” katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Besar Terengganu itu dilantik sebagai Pengerusi Felda pada 1 Mei 2020 sebelum disambung kontrak selama dua tahun berkuat kuasa Mei 2022 di bawah pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – UTUSAN

 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo