NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kes saman Dr Mahathir RM150 juta, PMX akhirnya hantar pernyataan bala

Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mengemukakan bukti bahawa Tun Dr mahathir Mohamad memperkayakan diri dan keluarganya ketika menjadi Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menghantar pernyataan balas berhubung saman fitnah RM150 juta dihadapinya yang dibuat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

PMX sebelum ini memohon lanjutan dua minggu untuk menjawab saman dihadapinya yang dibuat Dr Mahathir kerana mendakwa mengumpul kekayaan untuk kekayaan peribadi semasa berkuasa.

Dalam pernyataan balas itu, Anwar berkata kredibiliti Mahathir sebelum ini, dan sentiasa dinilai berdasarkan perbuatannya sendiri.

“Niat jahat dan serangan tidak berasas terhadap kerajaan hari ini diketuai defendan (Anwar) merupakan cubaan menebus dirinya secara politik dengan apa jua cara,” kata Anwar dalam pernyataan balas yang dipetik dalam laporan FMT hari ini.

Ia termasuk “mencetuskan pergolakan kaum dan menjejaskan politik, ekonomi, dan kestabilan sosial, menyebabkan beliau tidak lagi dianggap sebagai seorang yang boleh dipercayai.”

Dalam pernyataan balas itu lagi, Anwar berkata Dr Mahathir memfailkan saman fitnah bagi merendahkan kredibilitinya sebagai Perdana Menteri dan kerajaan pusat.

Ia juga dibuat bagi mewujudkan perpecahan kaum menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, dan Kedah.

“Kenyataan dipertikai (dibuat pada Kongres Khas Nasional PKR pada 18 Mac) adalah jawapan kepada serangan berterusan, tidak berasas, dan serangan jahat oleh plaintif (Mahathir) terhadap defendan (Anwar) dan kerajaan hari ini,” katanya.

Anwar berkata, kenyataan diucapkan bukan memfitnah atau berupaya membawa maksud apa jua bentuk fitnah.

Sementara itu, peguam Rafique Rashid Ali, berkata beliau akan berhubung dengan Dr Mahathir, yang sedang berada di London, bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

Pada 3 Me lalu, Dr Mahathir memfailkan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan mengumpul kekayaan untuk kekayaan peribadi semasa berkuasa.

Tindakan sivil itu adalah berhubung ucapan dasar Anwar selaku Presiden PKR pada kongres kebangsaan khas parti itu pada 18 Mac.

Plaintif menuntut ganti rugi am RM50 juta dan ganti rugi teladan RM100 juta.

Dr Mahathir memohon perintah mahkamah agar Anwar mengeluarkan permohonan maaf bertulis dan penarikan serta-merta dakwaan itu.

Plaintif juga menuntut faedah tahunan lima peratus ke atas ganti rugi yang diberikan untuk dikira dari tarikh memfailkan tindakan sivil sehingga penyelesaian penuh pembayaran pampasan, kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo