NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kertas Putih Vaksin - bukti kejayaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, PMX tiada integriti.

Kertas Putih Vaksin - Bahan bukti kejayaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahan bukti PMX tiada integriti.

Februari lalu Kementerian Kesihatan telah menubuhkan satu pasukan bagi merangka Kertas Putih untuk menyiasat tatakelola urusan perolehan vaksin ketika tempoh darurat di era Perikatan Nasional.

PMX membayangkan bahawa perolehan vaksin sebelum ini dipercayai tidak mengikut peraturan sewajarnya.

PMX mendakwa perolehan bagi vaksin itu telah ditandatangani oleh Menteri Kesihatan tanpa mendapat persetujuan daripada Peguam Negara.

Sikap PMX yang membuat tuduhan tanpa bukti ini amat dangkal dan bersifat prejudis terhadap pasukan ‘frontliners’ yang bertungkus lumus menyelamatkan negara ketika pandemik.

Ketika kertas putih ini dibentangkan dan dibahaskan di parlimen ternyata dakwaan PMX sekali lagi terbukti meleset seperti dakwaan-dakwaan beliau yang lain.

Jelas apabila Timbalan Menteri Kesihatan memaklumkan bahawa kerajaan ketika pentadbiran Perikatan Nasional telah berjaya mengurus COVID-19 dengan cemerlang menerusi pendekatan multistrategi dan penglibatan pelbagai kementerian serta agensi.

Melalui usul yang dibentang juga telah secara jelas menyatakan bahawa perjanjian bagi memastikan bekalan vaksin COVID-19 dapat diperoleh dengan segera, selamat dan teratur telah melalui proses semakan dan nasihat daripada Jabatan Peguam Negara.

Dimana permohonan maaf PMX kepada rakyat Malaysia atas dakwaan beliau yang jelas ternyata salah dan meleset? Dimanakah wibawa dan integriti PMX selaku seorang Perdana Menteri Malaysia? 

Selain itu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dipimpin oleh Ahli Parlimen DAP sendiri juga telah merumuskan bahawa;

1. Urusan perolehan vaksin telah dilaksanakan secara teratur mengikut tatacara kewangan yang dibenarkan MOF. 

3. PAC berpuas hati dengan harga perolehan vaksin daripada pelbagai portfolio oleh Kerajaan yang didapati adalah munasabah.

2. PAC berpuas hati dengan koordinasi antara MOSTI, KKM, MOF dan agensi-agensi Kerajaan yang lain dalam PICK.

3. Penggunaan dana KWAN bagi tujuan perolehan vaksin adalah selaras dengan objektif penubuhan KWAN tertakluk kepada perbelanjaan yang berhemah.

PMX seharusnya sedar bahawa kerja buat beliau pada hari ini adalah berkhidmat untuk negara, bukannya menjaja fitnah serta menyebarkan dakwaan jahat ke seluruh negara.

Sekian. 

Kredit foto: The Sun Daily

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo