Dua keputusan besar dibuat kerajaan campuran ditarik balik dengan membuat keputusan ‘u-turn’ untuk mengekalkan subsidi dan juga biasiswa pelajar perubatan.
Persoalan yang timbul, adakah menteri tidak berbincang dengan Perdana Menteri (PMX) terlebih dahulu semasa mesyuarat Kabinet sebelum pengumuman tersebut dibuat pihak kementerian di Dewan Rakyat?
Dalam mana-mana pentadbiran kerajaan sebelum ini, isu berhubung dasar dan polisi sebelum ia diputuskan perlu terlebih dahulu dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan baharu kemudiaannya diumumkan untuk pelaksanaan.
Bagaimanapun, kerajaan campuran yang dipimpin Pakatan Harapan (PH) dan UMNO-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini membuat kesilapan besar dalam isu melibatkan subsidi ayam juga dalam biasiswa pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pada 7 Jun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dalam jawapan di Dewan Rakyat mengumumkan
pemberian subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun dan pengapungan harga bermula pada 1 Julai.
Mohamad berkata, penamatan tersebut bagi membolehkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.
Selang dua hari, PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mengumumkan kerajaan menarik balik keputusan menghentikan pemberian subsidi ayam dan telur.
Kemudiaan pada 11 Jun, kerajaan juga mengumumkan di Dewan Rakyat akan menghentikan tajaan JPA kepada pelajar bidang perubatan, pergigian dan farmasi berikutan permintaan terhadap tenaga kerja di bidang-bidang tersebut sudah mencukupi.
Semalam, Anwar juga sekali lagi mengumumkan kerajaan menarik balik keputusan menghentikan biasiswa dan akan meneruskannya pula.
Dua keputusan ‘u-turn’ dibuat kerajaan campuran dalam tempoh seminggu ini, apakah ini satu kesilapan yang disengajakan?
Tindakan dibuat oleh kerajaan campuran ini juga dilihat sebagai sesuatu yang tidak masuk akal kerana ia sudah diumumkan di Dewan Rakyat sebelum ini, apakah jawapan menteri di Parlimen tersebut adalah suatu pembohongan?
Bukankah ini dilihat agak mengelirukan kerana menteri memberi jawapan lain di Dewan Rakyat tetapi lain pula yang dilakukan PMX dengan menarik balik keputusan tersebut selepas ia diumumkan oleh menteri yang menjaga portfolio tersebut.
Dua keputusan dasar tersebut adalah sesuatu yang penting buat kerajaan dan tidak boleh dibuat secara sewenang-wenangnya tanpa kajian perbincangan yang mendalam, bagaimana ia diumumkan tanpa pengetahuan seorang ketua kerajaan?
Atau adakah PMX tidak dimaklumkan terlebih dahulu oleh menteri bertanggungjawab berhubung keputusan menghentikan subsidi dan biasiswa tersebut?
Lebih menghairankan lagi, adakah Kabinet sekarang tidak mempunyai kumpulan WhatsApp sehingga isu tersebut tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada ketua mereka?
Satu persatu terserlah kepincangan dalam pentadbiran kerajaan campuran ketika ini, isu subsidi dan biasiswa ini memperlihatkan betapa lemahnya kerajaan ketika ini sehingga tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan baik.
Sesebuah pentadbiran kerajaan perlu dilihat mantap dan tegas dalam setiap keputusan yang dibuat mereka, bukannya hari ini umum lain tetapi keesokkan umum lain pula.
Jika perkara begini berterusan, ia pasti menimbulkan rasa tidak yakinorang ramai terhadap kerajaan campuran yang baharu berusia 7 bulan lebih tetapi sudah banyak kesilapan besar dilakukan mereka.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment