NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kerajaan Perpaduan tak akan bertahan - Pemuda UMNO Kapar



KLANG: Pemuda UMNO Kapar mempersoal kenyataan bekas pemimpin DAP, Tony Pua yang melabel Barisan Nasional (BN) sebagai 'korup' sama ada ia sebahagian strategi untuk menendang keluar gabungan itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar, Mohd Affifi Aris, berkata sekiranya benar ia strategi ke arah itu, maka Kerajaan Perpaduan yang dibentuk hari ini tidak akan bertahan lama.

Justeru, beliau beliau menggesa Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menasihati Pua yang juga bekas Setiausaha Publisiti parti supaya menjaga mulut dan tutur kata ketika BN dan Pakatan Harapan (PH) bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

Ini kerana, katanya, kenyataan tidak beradab Pua yang melabel BN sebagai 'korup' dilihat berisiko menjejaskan undi rakyat bukan hanya kepada BN, tetapi juga PH dan kerajaan Perpaduan.

"Anthony Loke perlu mengajar pimpinan DAP agar lebih menjaga keharmonian dalam Kerajaan Perpaduan kerana kenyataan Tony Pua tidak wajar dan tidak beradab dalam kita hendak menghadapi PRN.

"Di dalam kita hendak menghadapi PRN ini, kenyataan sebegini rupa mampu mengurangkan kerusi yang bakal dimenangi Kerajaan Perpaduan hari ini," katanya.

Semalam, Pua yang juga Penasihat Dasar Kepada Setiausaha Agung DAP, mencetuskan kontroversi pada satu acara parti itu, apabila beliau dilaporkan berkata, penyokong PH mesti membuktikan bahawa parti berbilang kaum yang bersih dan tidak rasuah boleh melakukan lebih baik daripada gabungan rasuah seperti BN, UMNO dan BERSATU.

Dalam pada itu, Mohd Affifi berkata, jika kenyataan Pua tidak mencerminkan pendirian sebenar DAP dan kepentingan parti itu, maka wajar Loke memohon maaf dan menarik balik kenyataan dikeluarkan Pua itu.

"Tony Pua kena ingat, sebab (gabungan) BN lah tertubuh Kerajaan Perpaduan hari ini..jadi semua pihak perlu menjaga hati rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan..jangan bertelagah, jangan mengeruhkan keadaan, mengutuk antara satu sama lain," katanya.


Sumber I BH Online





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo