Keputusan tidak meneruskan subsidi ayam dan telur yang sebelum ini diumumkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) ditarik balik kerajaan campuran.
Dalam satu kenyataan hari ini, kerajaan mengumumkan keputusan tidak meneruskan subsidi bagi dua bahan asas yang dibuat sebelum ini terbatal dan pemberian subsidi akan diteruskan.
“Setelah mengambil kira sema aspek termasuk memastikan industri ayam dan telur kekal mampan dan kebajikan rakyat terus terbela, YAB Perdana Menteri telah bersetuju dengan cadangan KPKM dan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) supaya pemberian subsidi dan kawalan harga ayam dan telur diteruskan mulai 1 Julai 2023.
“Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Februari yang lalu membuat keputusan untuk meneruskan pemberian subsidi ayam dan telur bermula 1 Januari hingga 30 Jun 2023,” kata kenyataan itu.
Terdahulu, Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam jawapan di Dewan Rakyat berkata bermula 1 Julai depan, tiada lagi subsidi ayam dan telur daripada kerajaan.
Menurut jawapan di Dewan Rakyat, subsidi ayam dan telur akan berakhir pada 30 Jun dan pengapungan harga bermula pada 1 Julai.
Mohamad atau dikenali Mat Sabu memaklumkan menerusi jawapan lisan menjawab pertanyaan kepada Ahli Parlimen Masjid Tanah Datuk Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) berhubung tempoh harga ayam dan telur akan diapung.
Mohamad berkata, penamatan tersebut bagi membolehkan KPDN menilai serta mengawal harga barangan sama ada naik atau turun, berbanding harga siling runcit ketika ini.
Tambahnya lagi, bagi memastikan bekalan ayam dan telur dapat distabilkan selepas subsidi ditamatkan, KPKM melaksanakan mekanisme “soft-landing” (pemulihan bertahap).
Beliau berkata, antara yang dilaksanakan ialah memansuhkan sekatan eksport ayam pedaging hidup kecuali “Day Old Chick” (DOC), ayam bulat, dan keratan ayam sepenuhnya serta membenarkan pengimportan ayam dan telur dari pelbagai negara sumber yang diiktiraf.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment