NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

'Kami cipta sejarah' - Manchester City

Gundogan menjulang trofi Liga Juara-Juara ketika meraikan kejayaan bersama pemain Manchester City selepas menewaskan Inter, 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Olimpik Ataturk, Istanbul. - FOTO: AFP


MANCHESTER City dianggap antara kelab bola sepak heavyweight selepas memenangi Liga Juara-Juara untuk melengkapkan treble yang jarang berlaku, kata kapten Ilkay Gundogan,

“Sukar untuk dipercayai dan diungkapkan dengan kata-kata. Hari ini, kami mencipta sejarah.

Kelab berhak mendapat pengiktirafan apabila menjuarai Liga Juara-Juara yang meningkatkan kami ke puncak tertinggi kelab Eropah.

“Kami tahu semua orang bercakap tentang treble. Tekanan ada, tetapi pasukan ini dibina untuk menangani tekanan dengan cara yang terbaik,” kata Gundogan.

Para pemain menangis sebak selepas gol separuh masa kedua Rodri menyaksikan kemenangan 1-0 ke atas Inter Milan dalam perlawanan akhir di Stadium Olimpik AtatĆ¼rk, Istanbul, TĆ¼rkiye.

Ia merupakan kejuaraan Liga Juara-Juara pertama City, selepas menamatkan saingan Liga Perdana dan Piala FA bulan lalu.

Grealish, yang menyertai City dari Aston Villa dengan rekod Britain 100 juta pound ($126 juta) pada 2021, antara pemain terbaik City musim ini memuji pengurus Pep Guardiola yang disifatkan genius.

“Saya baru sahaja bercakap kepada (Guardiola): 'Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda menghasilkan kejayaan ini berlaku untuk saya. Anda meletakkan begitu banyak kepercayaan kepada saya, membeli saya dengan banyak wang.'

“Malah tahun lepas ketika saya berada pada kemerosotan prestasi dia masih kekal bersama saya dan tahun ini dia memberi saya platform itu... Dia hanya seorang yang genius,” kata Grealish.

Penyerang Erling Haaland pula meletakkan sasarannya untuk lebih banyak kejayaan musim depan.

Namun dia memberi amaran kepada pesaing bahawa treble belum memuaskan seleranya untuk trofi seterusnya selepas menerajui serangan City dengan 52 gol musim ini.

“Selepas beberapa hari apabila perkara ini agak reda dan perasaan memenangi trofi ini, saya pasti mahu melakukannya sekali lagi.

“Kami perlu mempertahankan apa yang telah kami capai musim ini. Begitulah caranya. Dalam masa sebulan semuanya dilupakan dan kami perlu bermula semula,” kata Haaland.

City menyelesaikan tugas final tanpa perancang utama Kevin De Bruyne, apabila terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan hamstring pada separuh masa pertama.

“Itulah yang saya perjuangkan selama bertahun-tahun. Sungguh luar biasa kami dapat mencapainya bersama City.

“Ia adalah yang pertama dalam sejarah kelab. Kami akan sentiasa dikaitkan dengan kelab dengan cara itu. Ia benar-benar istimewa,” kata De Bruyne.


Sumber I Sinar Harian 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo