NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kaji sensitiviti, kata Rais berkait bak kut teh makanan kebangsaan

Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan dilaporkan bakal mempertimbangkan bak kut teh untuk dimasukkan dalam senarai warisan kebangsaan.


PETALING JAYA: Yang Dipertua Dewan Negara Rais Yatim menggesa kerajaan mengkaji sensitiviti masyarakat terlebih dahulu sebelum menjadikan bak kut teh sebagai makanan warisan kebangsaan.

Bekas menteri kebudayaan, kesenian dan warisan itu berkata penarafan sesuatu perkara itu perlu memenuhi syarat menyeluruh, salah satu syornya iaitu tidak menimbulkan kontroversi kaum dari sudut budaya, agama dan kehidupan.

Menurutnya, dalam hal itu Jabatan Warisan Negara seharusnya menasihatkan Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Tiong King Sing yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan pihaknya akan mempertimbangkan perkara berkenaan.

“Kaji dulu sensitiviti masyarakat Malaysia,” katanya di Facebook.

Bak kut teh adalah hidangan sup tradisi tulang rusuk babi yang dimasak dalam herba tradisi, ia popular di kalangan masyarakat Cina.

Bagaimanapun, Tiong berkata secara asasnya makanan itu adalah campuran herba dan daging yang diletakkan di dalamnya terpulang kepada kepada penyedia.

Menurutnya, tidak menjadi isu untuk menjadikan bak kut teh sebagai makanan warisan kebangsaan kerana ia boleh menonjolkan menu tempatan kepada pengunjung luar terutamanya.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo