NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Jumlah remaja perempuan hisap vape meningkat – KKM



KUALA LUMPUR – Penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan remaja berumur 13 hingga 17 meningkat kepada 14.9% pada tahun 2022 berbanding 9.8 peratus pada tahun 2017.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 turut menyaksikan peningkatan ketara penggunaan vape dalam kalangan remaja perempuan dari 2.8% pada tahun 2017 pada 6.2% pada tahun 2022.

Rokok elektronik merupakan sejenis produk merokok alaf baharu, yang mana cecair rokok elektronik yang digunakan akan dipanaskan dengan menggunakan peranti elektronik.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sehingga kini, penggunaan rokok elektronik telah terbukti mendatangkan kemudaratan kepada penggunanya.

Antara penyakit utama yang dikesan adalah E-Cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury atau Evali (penyakit kerosakan paru-paru akibat penyalahgunaan bahan terlarang dalam cecair vape).

Bahan-bahan yang terkandung di dalam cecair rokok elektronik apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan kimia yang boleh memberikan kesan keradangan kepada lapisan paru-paru dan menyebabkan penyakit EVALI.

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memulakan aktiviti pemantauan penyakit berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape termasuk Evali melalui Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan berkaitan keperluan notifikasi bermula Jun 2022.

KKM juga telah mewujudkan Clinical Practice Guidelines (CPG) Management of Electronic Cigarette or Vaping Products Use Associated Lung Injury (Evali) pada tahun 2021 bagi membantu pengamal perubatan mengesan dan merawat kes-kes tersebut.

Sehingga Jun 2023, KKM telah menerima 17 kes berkaitan Evali.

PKKM memohon semua Pengamal Perubatan agar terus membuat notifikasi kepada kementerian itu sekiranya mana-mana pesakit dikesan menghidap Evali.

Oleh itu, KKM ingin mengingatkan semua pengguna bahawa rokok elektronik atau vape adalah tidak selamat kerana memberikan kesan buruk kepada kesihatan dan ia bukan satu kaedah alternatif untuk berhenti merokok.

Bagi mereka yang merokok dinasihatkan untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan di Klinik Berhenti Merokok yang disediakan di klinik-klinik kesihatan berdekatan atau melayari laman sesawang www.jomquit.com. – MalaysiaGazette






........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo