Antara premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian haram di Johor. |
PASIR GUDANG - Berselindung di sebalik restoran dan kedai telefon untuk menjalankan aktiviti perjudian haram di Johor.
Itu antara taktik dilakukan 187 premis yang diperiksa dan dikenakan pemotongan bekalan elektrik dalam operasi bersepadu antara pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu.
Operasi melibatkan 183 pegawai dan anggota polis di semua daerah di negeri ini diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamaruzaman Elias.
Selain itu, operasi dijalankan turut melibatkan 63 kakitangan TNB serta 31 penguatkuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya telah menahan seramai 711 individu sejak 1 Januari lalu hingga hari ini kerana terlibat dengan sindiket perjudian haram.
Menurutnya, kesemua suspek berusia antara 17 hingga 60 tahun itu ditahan menerusi 632 serbuan dijalankan pihaknya sepanjang tempoh berkenaan.
"Sepanjang operasi itu, polis turut merampas 782 buah telefon bimbit, lapan tab, enam komputer dan wang tunai sebanyak RM237,918," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sumber I Sinar Harian
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment