Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan jawatan Menteri Besar Kedah bukan hak mutlaknya mahupun PAS negeri.
Katanya, calon menteri besar itu nanti bakal ditentukan kepimpinan negeri selepas mereka memenangi pilihan raya kelak.
Namun katanya, sebelum mahu menjadi menteri besar, individu tersebut perlu menang pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
“Nak jadi menteri besar, perlu menang pilihan raya dulu. Siapa yang sebut-sebut sebagai calon pun, kalau awal-awal lagi tak menang pilihan raya, macam mana nak lantik?
“Siapa pun calonnya, ikut prosedur. Setiausaha agung parti atau Setiausaha Agung PN akan kemuka satu nama yang dicadangkan kepada Sultan Kedah untuk diangkat sebagai menteri besar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media pada Majlis Penyerahan Khemah, Meja dan Kerusi kepada Majlis Ketua Kampung (MKK) di bawah program Sejahtera Komuniti 2023 di Wisma Darul Aman, hari ini.
Ketika ditanya sama ada calon Menteri Besar Kedah kekal dari PAS atau bakal bertukar kepada Bersatu selepas PRN akan datang, beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) memaklumkan parti yang memenangi lebih kerusi akan ditawarkan jawatan tersebut.
“Kita tengok nanti siapa menang paling banyak kerusi atau mungkin tengok siapa handsome kah atau macam mana kriteria,” katanya sambil berseloroh.
Beliau ditanya soal dakwaan yang tular di media sosial berkait cadangan menukar menteri besar di Kedah ekoran kerjasama baharu yang terjalin antara PAS dan Bersatu dengan Proklamasi Orang Melayu diterajui Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dikhabarkan Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir merupakan calon menteri besar bagi menggantikan Muhammad Sanusi namun Muhammad Sanusi berkata perkara itu agak mustahil memandangkan Mukhriz bukan anggota mana-mana parti dalam PN.
“Mukhriz bukan anggota PN. Tak boleh lantik seseorang sebagai senator negeri sebab jawatan itu tak wujud,” katanya.
Sementara itu, Mukhriz dalam ciapan di Twitter semalam menolak dakwaan yang tersebar itu.
“Saya tidak sama sekali akan jadi Menteri Besar Kedah sekali lagi. Sila hentikan propaganda karut itu. Rakyat tak bodoh seperti yang kau fikirkan,” ciapnya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment