NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Janna Nick akui kesilapan, sudah mohon maaf pada Ustaz Wadi



PETALING JAYA – Pelakon Janna Nick mendedahkan dia telah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar berhubung kontroversi majlis resepsi perkahwinannya tempoh hari.

Menurut Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, dia mengakui kesilapan kerana kelalaian berpunca dari dirinya sendiri.

“Saya minta maaf itu adalah kealpaan saya. Saya sedar itu merupakan kelalaian dan kesalahan dari pihak saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan Ustaz Wadi.

“Saya sangat menghormati Ustaz Wadi dan juga para ulama yang ada di Malaysia. Saya sebagai orang yang cetek ilmu sangat menghormati mereka semua.

“Kalau mahu bandingkan nama saya dengan beliau sangat jauh beza. Saya rasa hina sangat kalau mahu panjangkan kontroversi ini,” ujar Janna.

Janna yang ditemui pada majlis tayangan perdana filem Jemputan Ke Nerakasebentar tadi berharap orang ramai berhenti mengaitkan Ustaz Wadi dengannya.

“Saya mohon kepada orang ramai untuk tidak lagi kaitkan nama Ustaz Wadi dengan saya. Saya juga telah membuat permohonan maaf secara peribadi dengan dia,” kata Janna.

Tambah Janna, dia sama sekali tidak menyangka kehadiran Ustaz Wadi atau nama sebenarnya, Mohamad Wadi Annuar Ayub akan menimbulkan kontroversi.

“Tujuan saya menjemput Ustaz Wadi kerana malam sebelum hari pernikahan saya memintanya untuk mengetuai majlis doa selamat dan bacaan yassin.

“Malam itu juga, dia ada menyampaikan ceramah bertajuk Memimpin Isi Rumah Ke Syurga. Disebabkan itu, Ustaz Wadi tahu ada undangan perkahwinan dan saya tidak tahu hukum dalam Islam kalau sudah jemput orang itu, wajib hadir.

“Semoga semua orang boleh hentikan isu ini dan tidak berlaku perbalahan. Niat saya hanya mahu mohon keberkatan daripada orang yang ilmunya tinggi untuk mendoakan perkahwinan saya,” jelas pelantun lagu Gatal itu lagi.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila netizen meluahkan rasa segan melihat kehadiran agamawan itu ke majlis resepsi pasangan berkenaan yang bertema ala kebaratan.

Wadi Annuar yang duduk di barisan hadapan tetamu pada majlis itu juga kelihatan janggal apabila perlu melihat pakaian pengantin serta tetamu yang hadir dalam keadaan seksi dan tidak menutup aurat.

Janna dan pelakon, Dini Schatzmann melangsungkan perkahwinan di sebuah resort terkemuka di Langkawi pada 10 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo