NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

J-KOM: Berulangnya kesalahan masa lampau



Minggu ini, akaun Twitter rasmi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) telah memuatnaikkan ciapan tentang keputusan sebuah tinjauan pendapat umum yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai individu paling sesuai menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada PMX yang mendahului dengan populariti 46%, lebih dua kali ganda “pencabar” terdekat, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang cuma merekodkan 17%.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pula masing-masing mendapat 6%.

Menurut ciapan tersebut, kajian tersebut dijalankan oleh Endeavour-MGC dari 4 hingga 18 Apr lepas.

Tetapi apakah tujuan ciapan dari J-KOM ini? Apakah ini selari dengan falsafah penubuhan jabatan tersebut, yakni (berdasarkan laman sesawang rasmi) “membangunkan komuniti di peringkat akar umbi dengan pendekatan pengehakupayaan dengan berteraskan tiga fokus utama, iaitu berbudaya ilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik”?

Hantaran tersebut tidak dapat membantu mengurangkan beban kewangan rakyat akibat kemelesetan ekonomi atau memberi maklumat dan penerangan tentang polisi kerajaan.

Saya lihat ciapan itu tidak lain, tidak bukan, hanya untuk tujuan propaganda dan menaikkan nama Anwar. Inilah “masuk bakul angkat sendiri”, menggunakan jentera kerajaan untuk tujuan politik, khasnya menjelang pilihan raya negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Yang peliknya, penggunaan J-KOM, ataupun lebih dikenali sebagai JASA sebelum ini, untuk tujuan politik pernah dikritik oleh Anwar serta kuncu-kuncunya semasa mereka berada di pihak pembangkang.

Dengan lantang, mereka menuntut untuk JASA ditutup dan semasa pemerintahan Pakatan Harapan dari 2018 hingga 2020, jabatan tersebut memang dimansuhkan. Tetapi ia di jenamakan semula selepas itu sebagai J-KOM.

Malah, Ketua-Pengarah J-KOM, Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, seorang rakan karib Anwar, dilantik oleh Perdana Menteri sendiri dan jabatan itu dipindahkan dari Kementerian Komunikasi dan Digital ke Jabatan Perdana Menteri.

Semua ini memberi optik yang salah kepada rakyat. Anwar dilihat menggunakan J-KOM sebagai alat propaganda politik, sama seperti tuduhan yang beliau lemparkan kepada pentadbiran-pentadbiran terdahulu. Tetapi pentadbiran Anwar dengan lebih terbuka lagi menyalahgunakan jentera kerajaan.

Sebagai sebuah jabatan kerajaan, J-KOM seharusnya fokus pada penyampaian maklumat awam yang telus dan neutral, bukannya menyebarkan propaganda politik untuk mempengaruhi pendapat umum. Penggunaan J-KOM sebagai saluran propaganda hanya akan menghancurkan nilai-nilai Madani yang diperjuangkan oleh Anwar.

Abdul Fathul Salahuddin
Alor Gajah, Melaka

*Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo