NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu wanita bertudung : PU Syed tegur Johan

Johan (kiri), PU Syed (kanan).

PETALING JAYA – Tindakan pelawak terkenal, Johan menyuarakan pendapatnya mengenai wanita bertudung dalam satu majlis ilmu baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Kenyataan pelawak yang juga penyampai radio itu mengatakan lebih memilih wanita tidak bertudung, tetapi solat daripada wanita bertudung dan tidak solat dipersoalkan dan menerima komen daripada ilmuan agama.

Penceramah bebas, Syed Mohd. Bakri Syed Ishak atau lebih dikenali sebagai PU Syed turut tampil mengulas rakaman tersebut dengan menegaskan mendirikan solat dan menutup aurat adalah satu kewajiban yang dituntut oleh Allah SWT.

“Jika diberi pilihan, maka janganlah pilih dua-dua. Sebab Baginda Nabi SAW menyatakan pilihlah wanita yang taat agama, nescaya engkau beruntung.

“Maka kalam seorang pelakon di perkampungan Sunnah baru-baru ini bagi saya hanya untuk menegakkan benang yang basah. Tidak solat dosa besar, tidak tutup aurat juga dosa besar,” katanya.

Dalam pada itu, penceramah tersebut turut memohon agar pelawak berkenaan tidak memberikan pandangan songsang dan adalah wajar jika asatizah yang hadir pada program tersebut untuk menegurnya.

Terdahulu, tular rakaman di TikTok mempamerkan Johan memberikan kenyataan dan menjawab soalan yang sering diterimanya berkenaan isterinya yang tidak bertudung. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo