NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Isu Ambalat : PMX, Menteri Luar masih membisu

Anwar Ibrahim dan Joko Widodo telah tandatangan satu perjanjian antara Malaysia dan Indonesia...https://vt.tiktok.com/ZSLhXQfyJ/

Isu Ambalat ni hampir di selesaikan oleh Ismail Sabri, namun yang  menjadi isunya adalah bilangan blok yang Malaysia 'serah' kepada negara Indonesia...

Sepatutnya hanya dua blok yang menjadi pertikaian iaitu blok ND6 dan ND7 di Perairan Timur Ambalat, Laut Sulawesi...

Sehingga ke hari ini Anwar Ibrahim masih gagal menjelaskan isi kandungan perjanjian tersebut kerana ada ura-ura sehingga 9 blok di serah kepada negara Indonesia...

Luss keseluruhan blok Ambalat adalah 15,235 km persegi yang kaya dengan minyak mentah dan gas asli...

Namun di bahagian Perairan Ambalat Selatan tidak menjadi pertikaian kerana berada dalam kawasan negara Indonesia...

Punca pertikaian adalah kerana negara Indonesia menggunakan peta Zon Ekonomi Eksklusif atau ZEE, meskipun telah keluar Dekrit 2002 iaitu khusus untuk sempadan antara Sipadan dan Ligitan...

Dekrit 2002 adalah berdasarkan penghakiman antarabangsa dengan menggunakan kaedah sempadan 12 batu nautika dari pantai, mengikut Konvesyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa Bersatu atau UNCLOS yang di akui PBB...

Pada tahun 2005 Malaysia telah pun memenangi pertikaian hak milik Pulau Sipadan dan Ligitan yang di bawa ke Mahkamah Antarabangsa ICJ pada tahun 2002...

Namun ianya tidak termasuk pertikaian sempadan lautan antara Malaysia dan Indonesia di Lautan Sulawesi...

Pada tahun 2009, Indonesia enggan membawa pertikaian Ambalat ke Mahkamah Antarabangsa ICJ selepas tewas kes Pulau Sipadan dan Ligitan...

Kerajaan Indonesia pada tahun 2008 telah memberi jaminan kepada Zaitem, sebuah anak syarikat ENI SpA dari negara Itali, mengenai hak 
mencari gali di Ambalat...

Perairan Ambalat seluas 15,235 km persegi itu kaya dengan minyak dan gas untuk di terokai selama 30 tahun...

Anggaran sebanyak 62 juta tong atau 9.9 juta meter padu minyak serta 348 juta kubik meter gas berada dalam salah satu dari 9 blok di Ambalat...

Sebenarnya negara Indonesia telah pun 'menyerah' kalah dalam isu Ambalat selepas tewas kes Pulau Sipadan serta Ligitan...

Pada tahun 2008, Indonesia telah mengeluarkan sempadan Sipadan dan Ligitan sebagai batu pengukur sempadan dari peta mereka...

Setelah itu, Indonesia juga telah mengubah batu sempadan di perairan timur Pulau Sebatik ke Karang Unarang serta tiga lagi titik batu sempadan di Tenggara Ambalat...

Tindakan tersebut sekaligus telah mengeluarkan sama sekali Perairan Ambalat dari peta negara Indonesia...

Namun hak pertikaian Ambalat masih boleh di jalankan secara rundingan bilateral...

Pada Februari 2005, Malaysia telah pun memberikan dua hak carigali minyak kepada Petronas dan Shell di blok pertikaian ND6 dan ND7 di perairan timur Sabah...

Blok ND6 merangkumi kawasan seluas 8,700 km persegi, manakala blok ND7 pula seluas 17,000 km persegi...

Shell mendapat 50 peratus hasil yang di bahagi pula 40 peratus dengan Sabah Shell Petroleum Co Ltd serta Shell Sabah Selatan sebanyak 10 peratus...

Petronas Carigali pula mendapat baki 50 peratus hasil dari kedua-dua blok tersebut...

Negara Indonesia sebelum itu pada tahun 1999 telah memberi hak carigali blok ND6 Ambalat kepada Royal Dutch Shell yang bertindih dengan Malaysia, sebelum di beri kepada ENI dari Itali pada tahun 2001... 

Indonesia juga telah memberi hak carigali kepada syarikat dari Amerika Unocal di blok timur Ambalat yang bertindih dengan ND7 pada tahun 2004...

Indonesia pernah cuba membina 20 buah rumah api Takat, Unarang di Ambalat pada tahun 2005, namun pekerja kontrak di tahan sebelum di bebaskan selepas itu oleh TLDM...

Tindakan Anwar Ibrahim 'menyerahkan' Perairan Ambalat mengandungi minyak dan gas asli bernilai USD1.9 trilion yang sebenarnya telah pun selesai kepada negara Indonesia terlihat sebagai tindakan mementingkan diri oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo