NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Indonesia tempah 13 radar tentera jarak jauh

JAKARTA – Indonesia membuat tempahan 13 radar tentera jarak jauh daripada syarikat Thales bagi meningkatkan pengawasan ruang udara di sekitar kepulauan tersebut, kata pengeluar dari Perancis itu dan firma pertahanan milik negara, PT Len hari ini.

“Radar Ground Master 400 Alpha (GM400a) akan membolehkan tentera Indonesia mendapat manfaat daripada satu gambar udara untuk mengesan semua jenis ancaman, daripada jet dan peluru berpandu, kepada helikopter yang berlegar-legar atau kenderaan udara tanpa pemandu,” kata kedua-dua syarikat dalam satu kenyataan bersama.

Nilai kontrak selama tujuh tahun itu bagaimanapun tidak didedahkan. Setiap radar bagaimanapun berharga puluhan juta dolar.

“GM400a merupakan sebuah radar mudah alih yang mempunyai jarak 515 kilometer dan mengintegrasikan keupayaan kepintaran buatan (AI) bagi menguruskan sejumlah besar data yang diterimanya,” kata Presiden Thales International, Pascale Sourisse. – AFP

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo