JAKARTA: Hasil sidang isbat yang diadakan Kementerian Agama Indonesia memutuskan 1 Zulhijah 1444 Hijrah jatuh pada 20 Jun sementara perayaan Aidil Adha Adha di negara itu akan disambut pada 29 Jun ini.
Perkara itu disahkan oleh Timbalan Menteri Agama, Zainut Tauhid dalam sidang media di Jakarta kelmarin.
“1 Zulhijah jatuh pada hari Selasa, 20 Jun 2023, dan Aidil Adha jatuh pada hari Khamis, 29 Jun,” jelasnya.
Anggota Pasukan Hisab Rukyah, Ahmad Izzudin menjelaskan, berdasarkan kriteria hisab baharu yang ditetapkan oleh Menteri Agama Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS), kedudukan hilal di seluruh wilayah Indonesia belum memenuhi syarat kriteria minimum.
Menurutnya, semua wilayah di Indonesia termasuk di bandar Sabang di wilayah Aceh masih belum mencapai kebolehlihatan anak bulan mengikut kriteria MABIMS iaitu 3 darjah dan 6.4 sudut pemanjangan.
“Esok, kedudukan anak bulan pasti lebih tinggi dan dapat diperhatikan,” katanya dipetik CNN Indonesia.
Kementerian Agama melihat kedudukan anak bulan pada awal Zulhijah menerusi 99 titik di seluruh wilayah di Indonesia dan pemantau hilal dibuat dengan kerjasama Mahkamah Agama, pertubuhan Islam dan institusi berkaitan.
Pertubuhan Muhammadiyah Indonesia sebelum ini menetapkan sambutan Aidil Adha jatuh pada hari Rabu, 28 Jun 2023 dan keputusan itu ditentukan berdasarkan kriteria Hisab Hakiki Wujudul Hilal.
Sumber I Utusan Online
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment