NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Harga petrol, diesel masih belum berjaya diturunkan PMX

PETALING JAYA: Harga semua jenis petrol dan diesel kekal hingga 5 Julai ini.

Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.37 seliter, manakala RON95 dan diesel pula masing-masing RM2.05 serta RM2.15 seliter.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk meningkat melebihi paras harga siling ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo