NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

‘Gelombang Hijau” timbul kerana ketidakstabilan negara, KJ bidas kenyataan Lim Kit Siang



SHAH ALAM - Perkataan ‘gelombang hijau’ dengan merujuk sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) dilihat ditimbulkan sesetengah pihak dengan konotasi negatif.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkataan tersebut digambarkan dengan maksud tersirat yang mencerminkan bahawa wujudnya propaganda ekstremis.

“Terdapat media luar negara yang menggunakan perkataan ‘gelombang hijau’, seolah-olah sekiranya PN menang pilihan raya, maka negara akan dikuasai kumpulan seperti Taliban.

“Jadi saya sangat tidak setuju bila pimpinan DAP, seperti Tan Sri Lim Kit Siang menggunakan gelaran tersebut untuk memomokkan undi,” katanya.

Baru-baru ini, Kit Siang menyatakan yang kerajaan harus melaksanakan dasar-dasar reformasi dan program pembinaan semula negara bagi mencegah Malaysia tenggelam dalam gelombang hijau Pas.

Katanya, kerajaan harus mengambil pelajaran daripada Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelakkan demokrasi dirampas oleh politik pembohongan, ketakutan, kebencian, perkauman dan agama.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) bukan disebabkan oleh faktor agama dan bangsa tetapi hakikatnya adalah kerana ketidakstabilan negara kini.


Sumber I Sinar Harian 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo