Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) itu mendakwa, ketika menjadi pembangkang, pihak berkenaan terlalu banyak mempertikaikan pelbagai perkara.
"Bertahun sebagai pembangkang asyik menyalahkan dasar dan strategi kerajaan, tapi bila sudah jadi kerajaan tidak pula tahu buat yang betul," katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Rabu.
Beliau turut memuat naik hantaran berhubung kritikan terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli yang didakwa masih tidak dapat menyelesaikan kemelut ekonomi melanda negara.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah boleh bubar jawatan Menteri Ekonomi itu.
"Ekonomi rakyat dan negara semakin tergugat," kata beliau.
No comments
Post a Comment