Fariz Hadi (tengah) dan Raihan Husni (kanan) bersama Zool Amali (kiri) ketika diumumkan penyertaan mereka malam tadi. Gambar FB Sir Azri |
Dua bekas Exco Pemuda UMNO diumumkan menyertai Perikatan Nasional (PN) malam tadi sempena Ceramah Perdana Gelombang Kebangkitan Rakyat di Senawang, Negeri Sembilan.
Mereka ialah bekas timbalan pengerusi akademi pemuda, Fariz Hadi dan bekas timbalan pengerusi sekretariat agamawan muda, Raihan Husni.
Berita itu dikongsi bekas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang digantung keahliannya sejak 2021.
“Alhamdulillah, tahniah dua sahabat seperjuangan Fariz Hadi dan Raihan Husni yang juga mantan Exco Pemuda UMNO Malaysia penggal 2018 lalu malam tadi mengumumkan menyertai PN mengikut jejak langkah mantan Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali atau Bozz Jebat, malam tadi.
“Makin bertambah kuatlah PN dalam nak berdepan pilihan raya negeri (PRN) enam negeri ini.
“Dijangka ramai lagi yang akan bersama memastikan gelombang kebangkitan Melayu membadai PHBN (Pakatan Harapan dan Barisan Nasional),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Zool Amali pada 2021 dilaporkan keluar UMNO dan menyertai PAS selepas merasa tertipu dengan sikap dan tindakan kepemimpinan parti terutama Presiden, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang bersekongkol dengan gabungan Pakatan Harapan (PH) selain merasa UMNO sudah jauh tersasar dari pejuangan asal.
Baru-baru ini, beliau turut mengumumkan menyokong perjuangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad demi agama, bangsa, tanah air.
Semalam, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa secara rasminya diterima menjadi ahli PAS.
Beliau merupakan antara 3,000 ahli baharu PAS yang diterima parti itu di beberapa negeri.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment