NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Double standard, NGO bidas layanan istimeqa Zahid melawat Najib

Pengarah Eksekutif LFL, Zaid Malek membidas layanan istimewa diberikan kepada Zahid semasa melawat Najib di Penjara Kajang. Gambar Malaysiakini




Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengkritik kerajaan campuran yang memberi layanan istimewa kepada banduan, Datuk Seri Najib Razak, ia selepas lawatan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Penjara Kajang sebelum ini.

Lawyers for Liberty (LFL) mempersoalkan langkah kerajaan membenarkan Zahid melawat Najib dan menerima layanan istimewa, ia selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan berhubung lawatan tersebut di Dewan Rakyat hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Zaid Malek menyifatkan layanan istimewa yang diberikan kepada Najib adalah satu penghinaan terhadap prinsip kesaksamaan di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan yang diamanahkan untuk menegakkan Perlembagaan mesti menjawab bagaimana ini boleh dibenarkan.

“Tahanan dan banduan lain terpaksa bergelut untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya atau pembebasan sementara ehsan apabila kehilangan orang tersayang.

“Layanan terhadap tahanan dan banduan lain dianggap keji dan bersempadan dengan hampir tidak berperikemanusiaan,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.

Susulan pengesahan lawatan itu, Zaid juga menggesa Putrajaya supaya membenarkan lawatan oleh rakan dan ahli keluarga banduan dan tahanan lain seperti yang diberikan kepada Najib.

Terdahulu, Saifuddin Nasution mengesahkan sebelum lawatan Zahid menemui Najib yang sedang dipenjarakan kerana sabitan kes rasuah, pihak penjara ada memaklumkan kepadanya berhubung lawatan tersebut.

Katanya ada dua individu yang berhak memberikan kebenaran khas mengenai lawatan ke atas banduan, iaitu Menteri Dalam Negeri dan Komisioner Jeneral Penjara.

Menurut Saifuddin Nasution, sebelum Zahid menemui Najib, beliau dimaklumkan oleh pegawai tertinggi Jabatan Penjara Malaysia Datuk Nordin Muhamad.

Kebenaran khas tersebut tambah Saifuddin diberikan mengikut Peraturan 86 dan Peraturan 99 dalam Peraturan Penjara 2000 yang turut melibatkan kebenaran membawa makanan serta tempoh pertemuan berlangsung.

“KP (Ketua Pengarah Penjara) Penjara maklumkan pada saya… (justeru) saya tau.

“Prosedur seterusnya (untuk kebenaran khas tersebut) ialah oleh KP Penjara. Yang penting dia maklumkan kepada saya, saya maklum,” katanya.

Media baru-baru ini semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) melaporkan Zahid memberitahu beliau bersarapan dan meluangkan masa kira-kira dua jam dengan Najib di Penjara Kajang.

Lawatan Zahid itu turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.

Pendedahan itu menimbulkan pelbagai kritikan daripada banyak pihak, malah seorang peguam, Rafique Rashid berkata pendedahan Timbalan Perdana Menteri itu jelas menunjukkan sikap ‘double standard’ oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Penjara terhadap prosedur lawatan dalam kalangan pelawat.


Sumber | Agenda Daily 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo