Tidak malukah penyokong UMNO-Barisan Nasional (BN) untuk mengundi DAP apabila mereka dihina dengan label ‘pakatan korup’, soal Ahmad Fadhli Shaari.
Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu berkata mana harga diri penyokong dan pemimpin UMNO apabila pemimpin DAP sendiri melabel mereka sebagai ‘pakatan korup’ dan mempersoal sama ada mereka sanggup membentuk kerajaan negeri Selangor bersama.
“Percayakah kita sedang berdepan musuh teramat lemah di saat ini? Semalam bekas pemimpin DAP, Tony Pua labelkan BN sebagai pakatan korup.
“Saya nak tanya kepada kawan-kawan ahli BN, UMNO, tak malu ke nak undi DAP di Selangor? Kalau mereka (PH) ada kekuatan mereka nak bentuk kerajaan tanpa BN.
“Bagi pandangan DAP, BN adalah kain buruk yang diguna untuk lap kaki ketika basah. Ke bahasa saya kasar? Itu (cuma) kiasan. Kita tak bermusuhan dengan BN tetapi masalah UMNO adalah di peringkat atasan. Itu sebelum PRN. Maknanya kamu menunggu masa untuk dibuang,” katanya semasa Konvensyen Pilihan Raya PN Selangor yang diadakan hari ini.
Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas itu membangkitkan kenyataan Pua semalam yang berkata penyokong Pakatan Harapan (PH) perlu membuktikan “sebuah parti berbilang bangsa yang bersih dan tidak korup” boleh melakukan lebih baik “berbanding pakatan korup seperti BN, UMNO dan Bersatu”.
Susulan apa yang berlaku ke atas BN, Ahmad Fadhli secara sinis berkata, adakah ahli BN, khasnya rakan-rakannya dalam gabungan parti itu sanggup untuk mengundi DAP pada pilihan raya nanti?
Beliau menyeru mereka supaya jangan boikot PRN sebaliknya mengalu-alukan ahli BN khasnya UMNO untuk mengundi PN.
“Untuk kawan-kawan, ahli BN dan UMNO, maka dalam PRN ini, buat pilihan yang tepat. Takkan tergamak nak pangkah logo DAP di dalamnya.
“Mana pergi lagu anak kecil main api sehingga mengalir air mata? Bagi kawan-kawan bukan Melayu, percayalah kalau anda masih sokongan kerajaan PMX, anda memberikan sokongan selesa kepada mereka sedangkan keadaan ekonomi pun mereka tak boleh nak jaga.
“(Nilai) ringgit menghampiri nilai rahmah RM5. Itu sebabnya kita berdepan kerajaan cukup rapuh. Insya-Allah PN, kita adalah adik-beradik dan bersatu untuk tawan Selangor,” katanya lagi.
Sumber I agenda daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment