NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Dewan Negara: Kerugian penipuan dalam talian RM2.6 bilion

KUALA LUMPUR – Jumlah kerugian akibat penipuan dalam talian dari tahun 2019 hingga Mei lalu berjumlah RM2.6 bilion.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah penipuan paling tinggi melibatkan scam pelaburan sebanyak RM984 juta.

“Jumlah kerugian akibat scam belian dalam talian RM365 juta, pinjaman tidak wujud RM210 juta, love scam RM268 juta, scam telefon RM637 juta, emel perniagaan RM134 juta dan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS) RM7.5 juta.

“Jumlah keseluruhan RM2.6 bilion penipuan kerugian jenayah atas talian. Ia perkara yang serius, maka kita akan teruskan laksanakan apa yang patut dilaksanakan antaranya 43,959 sudah ditangkap dan 30,065 pertuduhan jenayah di mahkamah,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Dr. Mohd Hatta bin Md Ramli langkah kerajaan untuk mencegah scam daripada berleluasa. – KOSMO! ONLINE.

L

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo