RUMAH didiami tujuh beranak roboh di Kampung Kolapis. FOTO Ihsan Bomba |
Beluran: Tujuh beranak berdepan detik cemas apabila rumah atas air milik mereka roboh ke laut di Kampung Kolapis, di sini, hari ini.
Difahamkan, dalam kejadian 5.45 petang itu, rumah berkenaan dilaporkan roboh akibat ditiup angin kencang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran Edoen Macheal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 5.51 petang.
Menurutnya, sejurus itu sepasukan 10 anggota dari BBP Beluran bersama bomba sukarela dari kampung berkenaan ke lokasi kejadian.
"Apabila anggota bomba bertugas tiba, didapati sebuah rumah hampir tenggelam dan terdapat tujuh sekeluarga di dalam rumah berkenaan.
"Bomba sukarela yang berdekatan lokasi itu menyelamatkan semua mangsa," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Menurutnya, operasi menyelamat ditamatkan 6.29 petang.
Sumber I Harian Metro
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment