UMNO mengesahkan buat julung kalinya mereka akan menjemput DAP dan PKR ke Perhimpunan Agung (PAU) tahun ini, menurut Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
Setiausaha Agung UMNO itu berkata PAU tahun ini akan ada sedikit kelainan berbanding tahun sebelum ini kerana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi tetamu istimewa yang dijemput bersama-sama pemimpin parti lain dalam kerajaan campuran.
“Kita pada tahun ini (ada) sedikit kelainan kerana PAU akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, bersama 19 lagi presiden parti-parti yang bergabung bawah kerajaan perpaduan,” katanya pada sidang media.
Asyraf turut menafikan laporan bahawa Pemuda UMNO tidak mengundang rakan sayap parti lain dalam kerajaan campuran.
Terdahulu, UMNO juga menjadi tuan rumah kepada konvensyen kerajaan campuran yang menyaksikan pemimpin PKR dan DAP bersama penyokong buat kali pertamanya masuk ke dewan keramat yang menjadi lokasi utama perhimpunan parti Melayu itu.
Bagaimanapun, pelbagai pihak mengkritik penganjuran konvensyen tersebut, malah menyebabkan akar umbi UMNO terguris dengan tindakan tersebut.
Bekas Ketua UMNO Bahagian (KB) Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata PKR dan DAP yang paling mendapat untung politik selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan yang diadakan di Dewan Merdeka
Contohnya kata beliau, UMNO membawa dasar mempertahankan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu dan Islam mengikut Perlembagaan perkara 153 manakala DAP membawa dasar kesamarataan kaum dan agama atau Malaysian Malaysia yang bercanggah dengan dasar UMNO.
“Dasar Malaysian Malaysia inilah yang menjadi penyebab konfrontasi dan penentangan UMNO selama ini terhadap dasar perjuangan DAP, bukannya penentangan terhadap kaum Cina seperti yang selalu digemburkan oleh DAP sebagai rasis.
“Selain itu kemarahan dan kebencian orang Melayu terhadap DAP selama ini disebabkan sikap cauvanis pemimpin DAP terhadap orang Melayu sehingga menimbulkan keretakan kaum pada 13 Mei 1969 dan sikap ini berterusan hingga kini,” katanya.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment