NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bermula September, boleh bayar tol guna kad bank



Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka dijangka bermula September ini melibatkan 12 lebuh raya di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata sistem baharu itu bagi memudahkan proses pembayaran tol untuk pengguna lebuh raya.

Katanya, ia membolehkan pengguna membayar tol menggunakan kad debit dan kredit untuk memudahkan serta melancarkan laluan di plaza tol.

“Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka yang diperkenalkan ini adalah sebagai satu daripada usaha dan inisiatif kerajaan yang komited dalam peralihan ke arah pelaksanaan sistem kutipan tol secara Multi-Lane Fast Flow (MLFF) yang dijangka dapat direalisasikan secara berperingkat menjelang 2024,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian pembukaan Fasa dua Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Plaza Tol Alam Damai, Kuala Lumpur, hari ini.

Menurutnya, pelaksanaan sistem tersebut di semua lorong tol pula akan dijalankan secara berperingkat di setiap plaza tol mengikut kesesuaian.

Tambahnya, kesemua plaza tol di Lebuhraya SUKE direka dengan mengambil kira pelaksanaan MLFF tersebut.

Sistem baharu itu membabitkan Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE), Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Jambatan Pulau Pinang (JPP) dan Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Selain itu, lebuhraya lain terlibat ialah Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Terowong SMART, Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE).


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo