NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bekas pensyarah didakwa edar kokain hampir 3kg

Tertuduh boleh dihukum mati mandatori jika didapati bersalah. (Gambar Hiasan)


PETALING JAYA: Seorang bekas pensyarah universiti awam didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas pertuduhan mengedar kokain seberat 2.64kg di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu.

Menurut Sinar Harian, warga emas berusia 81 tahun itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi

Mengikut pertuduhan dia didakwa melakukan kesalahan itu, di balai ketibaan dalam negeri KLIA, Sepang, pada 6 petang, 6 Jun.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 398(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 398(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Jamilah Shuhadah Tohet.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo