NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bau busuk sejak semalam, mayat ditemukan dengan tangan, kaki terikat

Berdasarkan keadaan mayat yang ditemukan, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia tidak lebih tiga hari, menurut Ketua Polis Tumpat Amran Dolah. (Gambar Facebook)



PETALING JAYA: Bau busuk seperti bangkai membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki dalam sebuah rumah yang sedang diubah suai di Pasir Pekan, Tumpat, hari ini.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti itu, dianggarkan berusia dalam lingkungan 40-an, ditemukan setelah pekerja yang mengubah suai rumah itu mengadu kepada majikan mereka tentang bau busuk itu pada kira-kira 3 petang tadi.

Mayat ditemukan dalam keadaan kedua kaki dan tangan terikat dan sudah dihurung lalat, bersama kesan darah di lantai.

Menurut Ketua Polis Tumpat Amran Dolah, berdasarkan keadaan mayat, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia tidak lebih tiga hari.

“Mayat ditemukan pekerja yang membuat kerja ubah suai rumah itu berikutan bau busuk sebelum memaklumkan kepada pemilik seterusnya pihak polis dihubungi,” kata Amran sambil menambah, mayat dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Sementara itu, pemilik rumah Ho Wei Jiat, 34, memberitahu Harian Metro, beliau pergi ke rumahnya di Taman Kota Kubang Labu, Bandar Baharu, setelah menerima aduan daripada pekerja mengenai bau busuk yang datang dari tingkat atas.

Katanya, bau itu dihidu sejak semalam dan mereka menyangkakan ia bangkai binatang.

Bagaimanapun, beliau memberanikan diri untuk menyiasat bau busuk itu setelah sekali lagi dimaklumkan oleh pekerjanya hari ini.

Wei Jiat berkata, kerja-kerja baik pulih rumahnya sudah dimulakan sejak setahun lepas.


Sumber I FMT Malaysia 





........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo