NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bak kut teh: Bersatu mahu cadangan menteri diteliti semula

Nor Azah mencadangkan Menteri MOTAC, Tiong King Sing meneliti Akta Warisan Kebangsaan 2005.


Bersatu mahu cadangan menjadikan bak kut teh atau sup tulang rusuk babi sebagai makanan warisan kebangsaan diteliti semula.

Exco Srikandi Bersatu, Nor Azah Abdul Aziz berkata pihaknya memandang serius perkara tersebut yang langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam.

“Saya memandang serius berhubung kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Seri Tiong King Sing yang mahu mempertimbangkan bak kut teh untuk dimasukkan dalam senarai makanan warisan kebangsaan, baru-baru ini.

“Kenyataan beliau amat memalukan. Kenyataan beliau begitu songsang tanpa melihat sentimen kaum dan agama di negara ini, yang majoritinya terdiri daripada kaum Melayu dan beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Nor Azah mencadangkan King Sing meneliti Akta Warisan Kebangsaan 2005 yang melarang mana-mana menteri mengeluarkan sebarang dasar mahupun pernyataan di bawah subseksyen (1) jika perkara, urusan, strategi atau pengendalian pemuliharaan dan pemeliharaan warisan melibatkan kuasa atau bidang kuasa negeri melainkan jika pihak berkuasa negeri yang berkaitan sudah dirundingi.

“Pakar-pakar bahasa memaklumkan perkataan ‘Bak’ itu sendiri sudah merujuk kepada daging babi. Mengapa ada cubaan mahu mengangkat makanan ini sebagai warisan kebangsaan, semata-mata mahu menonjolkan menu ini kepada pengunjung luar? Amat tidak masuk akal dan tidak kompeten.

“Saya menasihatkan kepada menteri terbabit, kalau nak angkat martabat warisan makanan kebangsaan, pastikan prospek makanan itu boleh dimakan oleh semua lapisan rakyat, bukannya daging babi,” katanya.

Kelmarin, King Sing dilaporkan berkata kementeriannya mempertimbangkan bak kut teh untuk dimasukkan dalam senarai makanan warisan kebangsaan.

Katanya, tidak menjadi isu untuk menjadikan bak ku teh sebagai makanan warisan kebangsaan kerana ia boleh menonjolkan menu tempatan kepada pengunjung luar.

“Saya akan maklumkan kepada pihak kementerian supaya isu ini dilihat secara serius. Sudah tentu jika bak kut teh babi, kita akan meminta orang bukan Islam mencubanya.

“Sebenarnya kini terdapat pelbagai variasi hidangan bak kut teh antaranya ayam, makanan laut dan kambing. Jika ramuannya halal, kita akan bagi untuk yang halal mencubanya,” katanya.


Sumber I Agenda Daily 



........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo