Azizulhasni Awang akan meneruskan pemburuan juara bagi gelaran keirin, pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia, esok. (Gambar Bernama) |
NILAI: Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang kembali memastikan gelaran Jaguh Pecut Asia miliknya selepas memenangi final acara pecut elit lelaki di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2023 yang berlangsung di Velodrom Nasional di sini malam ini.
Pelumba berusia 35 tahun itu yang merupakan jaguh enam kali acara pecut pada 2008, 2009, 2014, 2017, 2019, dan 2020 – sebelum terlepas edisi tahun lalu setelah menjalani pembedahan jantung pada tahun sama, menewaskan pemenang pingat perak Piala Negara-Negara di Jakarta, Kaiya Ota dari Jepun 2-0 (9.924s, 9.828s) dalam acara itu untuk merangkul pingat emas ke-11nya dalam kejohanan kali ini.
Terdahulu, di peringkat separuh akhir, Azizulhasni yang juga dikenali sebagai “The Pocket Rocketman” menewaskan juara bertahan Kento Yamasaki dari Jepun 2-0.
Selepas rehat sehari, Azizulhasni akan meneruskan pemburuan gelaran juara keirin sulungnya di Asia dalam tempoh lapan tahun selepas kali terakhir merangkul gelaran dalam acara kegemarannya itu pada edisi 2015, di Nakhon Ratchasima, Thailand.
Kemenangan esok akan menyaksikan beliau mengulangi rekod dua emas yang diraihnya dalam acara pecut dan keirin pada edisi 2008 di Nara, Jepun, selain menyumbang pingat perak dalam acara pecut berpasukan.
Sumber I FMT Malaysia
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment