Sidang media Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin. |
Perdana Menteri (PMX) dibidas supaya menyemak fakta terlebih dahulu dalam isu calon menduduki peperiksaan SPM sebelum cuba menyalahkan kerajaan terdahulu, kata Datuk Dr Radzi Jidin.
Ahli Parlimen Putrajaya itu mempersoalkan daripada mana Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat jumlah 30,000 pelajar tidak menduduki peperiksaan SPM walhal Kementerian Pendidikan sebelum ini mendedahkan hanya 14,858 tidak mengambil peperiksaan tertinggi itu.
“Laporan media mendedahkan 14,858 orang calon tidak menduduki SPM, jadi sekarang ini boleh Perdana Menteri menyebut 30,000, daripada mana datang data ini? Jadi siapa tipu siapa?
“Sama ada Menteri Pendidikan menipu Perdana Menteri, saya tidak tahu… atau Perdana Menteri bercakap sendiri tanpa merujuk mana-mana fakta,” katanya semasa sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Reaksi balas Radzi itu dibuat sebagai respon terhadap kenyataan Anwar semasa dalam satu program di UKM semalam (13 Jun) yang mendakwa 30,000 calon SPM tidak menduduki peperiksaan dan mendakwa bekas Menteri Pendidikan itu tidak memantau isu tersebut.
“Yang kedua Perdana Menteri berkata Menteri Pendidikan pada waktu itu tidak pantau anak-anak yang ambil periksa.
“Dan hanya Fadhlina (Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek) bila masuk, dia bongkar. Bunyinya macam Perdana Menteri nak kenakan saya sepertimana yang disebut dalam laporan media tadi,” katanya lagi.
Jelasnya lagi, peperiksaan SPM sebenar bermula pada Februari sehingga Mac 2023 dan bukan sewaktu beliau menjadi Menteri Pendidikan.
“Peperiksaan bertulis SPM ini bermula pada 20 Februari hingga Mac dan sebelum itu peperiksaan amali.
“Peperiksaan ini berlaku bukan waktu saya, jadi macam mana saya nak pantau,” katanya lagi.
Radzi membidas Anwar supaya tidak bermain politik dalam isu pendidikan dan menggesanya membetulkan fakta sebelum membuat tuduhan terhadapnya.
“Sebab itu saya kata dalam konteks ini, kalau dah bermula nak politikkan situasi politik ini, kita boleh main politik.
“I can do this. Saya boleh main politik, boleh sentuh. Hari-hari berbagai perkara berkaitan dengan politik dalam pendidikan,” ujarnya lagi.
Terdahulu, media melaporkan, seramai 14,858 atau 3.8 peratus daripada 388,832 calon baharu SPM 2022 tidak hadir menduduki peperiksaan.
Berdasarkan analisis KPM, calon tidak hadir bagi SPM 2022 bertambah berbanding SPM 2021 yang merekodkan 10,681 calon daripada keseluruhan 392,837 calon yang berdaftar.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment