NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Anwar Ibrahim: Menteri Kewangan Paling Gagal Dalam Sejarah


1. Sebelum pilihanraya pelbagai janji untuk memperbaiki ekonomi diwar-war. Menteri Kewangan terbaik asia dijadikan sandaran. Ibarat dengan kuasa sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan menjadi negara paling terbangun ekonomi.

2. Ditambah pula dengan raja formula Rafizi Ramli yang datang dengan pelbagai formula bagi menyelamatkan ekonomi. Kini raja formula terus senyap ibarat lembu kekenyangan duduk dikerusi empuk dalam pejabat menteri. 

3. Kenaikan nilai ringgit sekejap disebabkan sentimen pasaran dijadikan hujah bahawa pemilihan Anwar sebagai PM dan Menteri Kewangan adalah tepat dan bakal menjadi penyelamat ekonomi negara. Tetapi apabila harga ringgit sekarang melakukan terjun tiruk kelautan dalam, sudah tidak kedengaran hujah itu. Senyap sunyi para pentaksub PMX.

4. Kini segalanya sudah semakin jelas. Menteri Kewangan Gagal dan tidak mampu memandu Kementerian Kewangan dengan baik. Desakan meletak jawatan Menteri Kewangan dan berikan kepada YB Dato Johari Ahli Parlimen Titiwangsa semakin kuat kedengaran.

5. Polisi kerajaan yang flip flop semakin memburukkan keadaan. Pengumuman dan disusuli dengan penarikan semula pengumuman sudah menjadi kebiasaan. Pelabur menjadi semakin tidak yakin terhadap Kerajaan. 

6. Rakyat semakin terdesak, ekonomi semakin jahanam, Kerajaan hanya fokus mengukuhkan kedudukan politik. Mungkin sudah tiba masanya Perdana Menteri meletakkan jawatan atau diundurkan demi menyelamatkan negara. 

Nurul Islam Mohamed Yusoff

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo