NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amirudin mahu pertahan DUN Sungai Tua

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberi bayangan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor, nanti.

Amirudin yang juga Ahli Parlimen Gombak tersebut memberitahu, ini bagi melengkapkan beberapa perancangan untuk DUN tersebut dan secara langsung membantu beliau menguruskan Gombak dengan lebih efisyen.

“Insya-Allah, saya akan terus meminta terus (kekal) di DUN Sungai Tua. Tetapi biasalah kita ahli parti kena ikut arahan (pimpinan pusat),” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Tekad Pendidikan #Kita Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Amirudin menang dengan majoriti 11,374 mengalahkan tiga calon lain bagi DUN Sungai Tua.

Ketika mengulas mengenai sama ada akan terus dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, Amirudin menyerahkan kepada pimpinan parti bagi menentukan perkara itu.

“Kalau dicalonkan saya sangat berbesar hati dan denga jelas katakan saya bersedia menyambungnya.

“Namun begitu, terpulang kepada kepada parti. Sekiranya parti ada pemikiran lain. Diharapkan ada perbincangan sihat di antara semua pihak.

“Yang pentingnya adalah adalah kemenangan, kejayaan dan juga kesinambungan pentadbiran yang telah kita bentuk selama ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo