NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Amaran banjir kilat 3 daerah di Johor

Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara meminta penduduk mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.


JOHOR BAHRU: Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat di tiga daerah di negeri ini dalam tempoh 12 jam akan datang.

Menurut notis itu dikeluarkan 5 petang tadi, banjir kilat diramal berlaku jika hujan yang signifikan berterusan di beberapa lokasi di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Pontian.

“Manakala Pontian melibatkan Mukim Ayer Masin, Mukim Rimba Terjun, Mukim Pontian, Mukim Api-Api, Mukim Ayer Baloi, Mukim Sungai Pinggan, Mukim Benut serta kawasan sekitarnya,” menurut kenyataan itu.

Penduduk juga diminta supaya mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir, menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh melayari laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my atau Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut mengenai banjir.


Sumber I FMT Malaysia 




........
Komen: ........


............oo000oo...........
PENAFIAN
  1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.
                      ...oo...

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo