Kerusi yang dimenangi oleh calon Parti Amanah akan dipertahankan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sekurang-kurangnya, kata Datuk Seri Mohamad Sabu.
Presiden Amanah itu berkata belum mengesahkan jumlah kerusi akan ditandingi partinya pada PRN Selangor nanti, bagaimanapun membayangkan kerusi sebelum ini yang dimenangi mereka akan kekal dipertahankan dan tidak diberi kepada UMNO-Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak pasti lagi (jumlah kerusi yang ditandingi) tapi sekurang- kurangnya kerusi yang kita menang dulu akan ditandingi oleh Amanah lagi.
“Apa yang tambah atau kurang akan ditentukan oleh kepimpinan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) kelak,” katanya dipetik laporan BH hari ini.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), Amanah memenangi enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu Taman Templer, Hulu Kelang, Pandah Indah, Sungai Ramal, Seri Serdang dan Morib.
DUN Selangor mempunyai 56 kerusi dengan kedudukan terkini kerusi pembubaran ialah PH memiliki 40 kerusi (PKR-19, DAP-15, Amanah-enam), BN (lima), Bersatu (empat), Parti Bangsa Malaysia (dua), manakala PAS, Pejuang dan Warisan masing-masing satu kerusi serta seorang wakil rakyat Bebas.
Satu lagi kerusi DUN Batang Kali, diisytiharkan kosong setelah wakil rakyatnya tidak hadir ke persidangan DUN melebihi enam bulan.
DUN Selangor bagi penggal ke-14 secara rasminya dibubarkan Jumaat lalu dan Selangor kini ditadbir kerajaan sementara sehingga kerajaan baharu dibentuk selepas PRN nanti.
Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sumber I Agenda Daily
........
Komen: ........
............oo000oo........... PENAFIAN 1 Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit. ...oo... |
No comments
Post a Comment